Nadi X Kesedaran: Webinar Shield Penipuan Atas Talian – Kenali Penipuan Atas Talian
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19/04/2025 bersamaan hari Sabtu, Webinar SHIELD Penipuan atas Talian - Kenali Penipuan atas Talian di bawah bimbingan Encik Harith Hidayat telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penipuan atas talian yang semakin berleluasa dan memberikan panduan praktikal dalam mengenal pasti serta mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan digital.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan kepada Jenis-Jenis Penipuan Atas Talian
- Analisis Kes Penipuan Sebenar
- Tanda-tanda Penipuan Digital
- Langkah Pencegahan & Tindakan Jika Terkena
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami realiti ancaman penipuan atas talian, mengenalpasti taktik scammer dengan lebih jelas, serta mempersiapkan diri untuk bertindak bijak dalam menghadapi sebarang situasi mencurigakan. Program ini juga menggalakkan peserta untuk berkongsi ilmu dengan orang sekeliling, seterusnya memperluas jaringan kesedaran dalam komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: